Latar belakang Tajul muluk

Nama ilmu ini datangnya daripada suatu buku yang dituliskan untuk kaum kerabat kesultanan Aceh iaitu Taj-al-Mulk (Bahasa Arab: تاج المُلْك‎ - "mahkota raja-raja"). Ia turut mendapat nama sebagai ilmu tajul muluk atau ilmu tajul sahaja.

Sejarah berkaitan asal-usul ilmu ini tidak pernah dicatakan namun ia diperhatikan mempunyai unsur-unsur budaya India boleh difahamkan sebagai hasil pengaruh Hindu-Buddha semasa agama-agama itu tersebar luas dan dipegang kuat dalam kerajaan-kerajaan Asia Tenggara pada zaman dahulu. Ada yang percaya ia dipengaruhi vastu sastra atau feng shui yang pernah diamalkan secara tradisi di Semenanjung Melayu.

Walter William Skeat, seorang pegawai kerajaan British dalam bukunya Malay Magic ("Sihir Melayu", 1900) menulis bahawa amalan ilmu tajul sering diamalkan penduduk tempatan (sekurang-kurangnya pada zamannya):

Even in the making of roads through the forest it would appear that sacrificial ceremonies are not invariably neglected. On one occasion I came upon a party of Malays in the Labu jungle who were engaged in making a bridle-track for theSelangor Government. A small bamboo censer, on which incense had been burning, had been erected in the middle of the trace ; and I was informed that the necessary rites (for exorcising the demons from the trace) had just been successfully concluded.[1]

Naiknya kesedaran pendidikan agama dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara pada tahun 1980s-an menyebabkan sesetengah ciri budaya Melayu yang berakar daripada kepercayaan animistik dan Hindu-Buddha semakin ditegah dan dilupakan. Amalan tajul muluk kini dianggap sebagai suatu perkara khurafat lama, malah buku-buku berkaitan topik adakalanya diharamkan terbitannya di Malaysia.